Thursday 31 March 2011

oh! mahkota ku..




Rambut adalah mahkota wanita yang sentiasa memerlukan penjagaan rapi. Malah rambut yg sihat secara tak langsung mencerminkan peribadiseseorang wanita.. (macam ai la tuh!). Kini dipasaran terdapat pelbagai produk penjagaan rambut untuk membantu anda menjaga rambut dgn baik. Tapi awas, jangan sampai anda tersalah membuat pilihan. Pilihlah jenama yg benar2 diyakini dan produk tersebut sesuai dgn rambut anda..






Terdapat beberapa punca rambut rosak antaranya :
Kerap mewarnakan rambut
Selalu terdedah dgn kepanasan pengering rambut
Tidak mencuci rambut dgn bersih
Menyikat rambut terlalu kuat & kerap boleh menyebabkan kecederaan pd kulit kepala lantas boleh menyebabkan keguguran rambut
Ikatan rambut yg terlalu kuat juga akan menyebabkan tekanan pd pangkal rambut dan kulit kepala
Faktor cuaca juga mempengaruhi kesihatan rambut anda
Kerap mencuci atau terlalu kurang mencuci


Cara atasi rambut rosak :
Jadikan amalan mencuci rambut sekurang2nya 2 hari sekali disamping menggunakan syampu yg sesuai dgn masalah rambut yg anda hadapi.
Jangan terlalu bergantung kpd syampu semata-mata. Gunakan juga perapi untuk rambut anda tampil sihat dan bersinar. (pakai tudung bukan alasan tak jaga rambut okehhh...)
Amalkan perawatan khusus seperti mendapatkan rawatan rambut disalun rambut yg bertauliah..


>> Pendek kata, rambut mmg mahkota wanita yg amat bernilai selain dprd menjaga "tut" aje. Sebab bila kepala busuk, laki pon lari... kannnnnn! *wink *wink

Sharing is caring.. TANDA2 BARAH PANGKAL RAHIM

Akibat barah pangkal rahim
Antara tanda-tanda BARAH PANGKAL RAHIM ialah :

  • Rasa sakit atau berlaku pendarahan semasa melakukan hubungan kelamin.
  • Berlaku pendarahan dari faraj antara haid
  • Pendarahan dari faraj selepas putus haid
  • Berlaku lelehan faraj yang berair dan berbau busuk
  • Sakit pada bahagian pelvis dan berasa pedih
  • Bengkak pada kaki dan sakit belakang

Barah pangkal rahim merupakan barah kedua tertinggi dikalangan wanita Malaysia. Jika seseorang wanita mengesyaki diri menghidap barah pangkal rahim, mereka perlu segera berjumpa doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan. Mereka boleh mendapatkan rawatan ataupun ujian pap smear dari klinik biasa mahupun pakar sakit puan mereka sendiri.

Sedarilah, betapa pentingnya kite sebagai wanita menjaga mahkota kurniaan Allah ini...

Petua.. Petua.. Petua

Dalam kehidupan seharian kite, mesti ada pantang larang & petua2 org tua2 yg kita amalkan kan? Kat sini fiza ade nak kongsi beberapa petua yg fiza tahu. Sharing is caring kannnn...!

Hilangkan bau ketiak
  • Atasinya dgn ambil beberapa helai daun jambu batu yg muda & segenggam beras yg telah digoreng tanpa minyak. Tumbuk halus bahan2 tersebut & sapu pada bahagian yg bermasalah. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yg ketara.
( tp petua paling mujarab ialah gunelah Rexona, Dashing untung kesan yg lebih pantas!)

Sembuhkan batu karang
  • Kupas sebiji nenas & blend bersama sedikit air, sedikit gula & garam. Minum jus nenas setiap hari. InsyaAllah penyakit akan beransur pulih...
Pulihkan ulser mulut
  • Ulser mulut amat memedihkan,kan? Ambil satu sudu besar garam halus dan masukkan ke dlm segelas air suam. Kacau & berkumur dgn air garam tersebut 2x sehari.

Saat-saat bergelar isteri orang...

Hampir sejam menanti, org tersayang masih tak sampai2... aiyakk! Bukan jauh ponnn... 10 minit je dr umah tau..
Bergambar kenangan bersama bonda tersayang...

Sesudah bergelar isteri kepada En Azman B. Ab. Wahid. Muehehehe.. Muke mcm takde perasaan kan?? Gambar ni diambil pada 15 December 2006.. I Love U Sayang!! *wink * wink

Muhammad Fitri B. Azman

Gambar kat atas ni masa Fitri baru berumur 1 bulan.. cute tak? ade rupe ibu dia tak? Tiap kali menatap wajah si kecik ni, ilang jap rasa sakit melahirkan dia. Walaupun masa pregnantkan budak ni, fiza kena mabuk yg teruk teramat.. Tp Alhamdulillah, bila lahir je ke dunia ni tak susah nak membesarkan Fitri..

Yang ni pulak masa Fitri baru2 nak masuk umur 1 tahun.. tp yg pasti ini bukan 1st time dia jejak Genting Highland!
Pssstttt... Budak ni sekarang dah pandai posing tau!! Dan dah pandai melawan kate ibu & ayah dia. Uwwaaaa...!


Family kecil saya...

Inilah family kecil saya!! Ada saya, en somi Azman & si kecil kesayangan Muhammad Fitri. Semoga kebahagiaan kami kekal ke akhir hayat. Amin....