Thursday 31 March 2011

oh! mahkota ku..




Rambut adalah mahkota wanita yang sentiasa memerlukan penjagaan rapi. Malah rambut yg sihat secara tak langsung mencerminkan peribadiseseorang wanita.. (macam ai la tuh!). Kini dipasaran terdapat pelbagai produk penjagaan rambut untuk membantu anda menjaga rambut dgn baik. Tapi awas, jangan sampai anda tersalah membuat pilihan. Pilihlah jenama yg benar2 diyakini dan produk tersebut sesuai dgn rambut anda..






Terdapat beberapa punca rambut rosak antaranya :
Kerap mewarnakan rambut
Selalu terdedah dgn kepanasan pengering rambut
Tidak mencuci rambut dgn bersih
Menyikat rambut terlalu kuat & kerap boleh menyebabkan kecederaan pd kulit kepala lantas boleh menyebabkan keguguran rambut
Ikatan rambut yg terlalu kuat juga akan menyebabkan tekanan pd pangkal rambut dan kulit kepala
Faktor cuaca juga mempengaruhi kesihatan rambut anda
Kerap mencuci atau terlalu kurang mencuci


Cara atasi rambut rosak :
Jadikan amalan mencuci rambut sekurang2nya 2 hari sekali disamping menggunakan syampu yg sesuai dgn masalah rambut yg anda hadapi.
Jangan terlalu bergantung kpd syampu semata-mata. Gunakan juga perapi untuk rambut anda tampil sihat dan bersinar. (pakai tudung bukan alasan tak jaga rambut okehhh...)
Amalkan perawatan khusus seperti mendapatkan rawatan rambut disalun rambut yg bertauliah..


>> Pendek kata, rambut mmg mahkota wanita yg amat bernilai selain dprd menjaga "tut" aje. Sebab bila kepala busuk, laki pon lari... kannnnnn! *wink *wink

No comments:

Post a Comment