Friday 1 April 2011

6 Tip Lindungi Si Kecil Di Kamar Tidur Menerusi Bantal Yg Digunakan


1. Perbaharui sarung bantal
Habuk, kuman dan bakteria boleh terdapat dimana-manashj termasuk didalam bilik tiduranak anda. Sifatnya yg amat ringan menyebabkan ia amat mudah untuk melekat pada sarung bantal si kecil. Jadi bg melindungi anak-anak drpdnya, pastikan anda kerap membasuh sarung bantal yg digunakan oleh anak & tukarkan ia kpd yg bersih sekerap yg mungkin.

2. Fabrik yang sesuai
Ada kanak2 yg kuat berpeluh ketika tidur. Jadi, jikalau anak anda salah seorang drpdnya,pastikan anda memilih sarung bantal @ cadar drpd jenis fabrik yg sesuai. Pilihlah dr jenis yg serap peluh seperti kain kapas. Fabrik yg tidak menyerap peluh akan menyebabakan si kecil mudah diserang ruam. Menggunakan bantal yg disarung dgn fabrik yg sesuai akan membantu si kecil tidur dgn lena.


3. Pantau kondisi bantal
Bagi si kecil, bantal bukan saja digunakan ketika tidur. Malah, ada kalanya ia juga digunakan untuk bermain dan bergurau senda lebih2 lg kalau dia memiliki adik beradik yg ramai. Jadi tidak mustahil bantal tersebut boleh koyak dan berlubang. Sekiranya keadaan ini berlaku, segeralah jahit bahagian tersebut kerana dikhuatiri si kecik terdoronguntuk memasukkan isi bantal ke dalam mulut. Selain itu,kekabu dr bantal juga akan terkeluar dan berterbangan. ini akan mengakibatkan si kecil anda yg ada masalah pd pernafasan berkemungkinan untuk berhadapan dgn kesukaran bernafas.

4. Sesuaikan mengikut umur dan keadaan
Penggunaan bantal membolehkan si kecil tidur dgn lena. Meskipun begitu, bukan semua anak kecil boleh menggunakan bantal yg sama untu tidur. Misalnya, bayi menggunakan bantal yg bersaiz kecil dan nipis supaya dia blh tidur dgn nyenyak. Walaupun ada anak2 kecil yg boleh menggunakan bantal yg sama dgn ibu bapanya, tp anda masih perlu mengambil kira paras ketinggian bantal yg sesuai.


5. Bantal empuk
Anda mungkin tidak kisah dgn keadaan bantal yg anda gunakan. Namun ini berbeza dgn si kecil. Sebaik-baiknya elakkan drpd mberikan bantal yg begitu keras ataupun yg terlalu lembut kpd mereka. Keadaan bantal yg empuk penting kerana ia melindungi leher dan kepala anak anda ketika sedang tidur.

6. Bantal busuk
Memiliki bantal busuk bukanlah sesuatu yg pelik dikalangan kanak2. Namun percaya atau tidak, ada kanak2 yg tidak boleh tidur tanpa mendakap bantal busuknya.Tidak salah memberikan anak anda bantal busuk. Namun pastikan anda mendidiknya supaya menjaga kebersihan bantal tersebutsedari awal. Tegaskan bahawa sarung bantal tersebut perlu dibasuh selalu agar ia sentiasa bersih dan berbau harum. Disamping itu ingatkan juga anak2 anda supaya tidak membawanya ke luar rumah atau mengheretnya ke atas permukaan yg kotor.

(sesungguhnya insan yg mengarang artikel ini juga masih memiliki bantal musyuk pada usia begini dan telah pon memiliki anak yg kini berusia 4 tahun!!)

No comments:

Post a Comment